i@UTeM
UTeM Mail
Friday, 06 August 2021

UTeM, PKRC MITC dan Warga Melaka ganding bahu bersama hulur sumbangan kepada pesakit covid 19

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan rantaian kumpulan kerjasamanya menghulurkan sumbangan kepada pesakit Covid 19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini.
 
PKRC MITC ini menempatkan pesakit positif Covid tahap satu dan dua susulan daripada peningkatan kes yang mendadak sebelum ini.
 
Inisiatif dan semangat yang telah dizahirkan ini adalah selari dengan slogan “UTeM adalah Melaka dan Melaka adalah UTeM” yang mana UTeM sentiasa cakna dan prihatin dalam segenap perkara berkaitan demi kebaikan sejagat.
 
Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman berkata, program ini dijayakan menerusi kerjasama erat antara UTeM menerusi Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), PKRC MITC dan warga Melaka.
 
Jelasnya gandingan erat ketiga-tiga pihak ini menzahirkan apa yang kami hasratkan mengumpulkan dana bersama seterusnya menghulurkan sumbangan agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh petugas dan pesakit Covid 19 di sini.
 
Ujarnya, sinergi ini turut memupuk semangat bantu-membantu sesama komuniti warga UTeM, intitusi kerajaan dan masyarakat terhadap mereka yang menjadi mangsa penularan pandemik ini.
 
“Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan kering, air minuman, bahan bacaan seperti Al Quran, buku, majalah, komik dan keperluan peribadi seperti sabun mandi, syampu dan ubat gigi di samping 3 unit alat pembesar suara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
 
Dr Md Nazri mewakili UTeM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada warga Melaka dan UTeM yang memberikan sumbangan dana dan pihak PKRC MITC.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, UTeM akan terus komited dalam menjayakan program yang memberikan kebaikan bersama ini kerana ianya selaras dengan konsep T.U.N.A.I iaitu Technology @ University Advancing Industry and Society yang menjadi amalan dan budaya kami.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!