i@UTeM
UTeM Mail
Friday, 06 August 2021

UTeM Juara e Sport Mobile Legends Campus Championship 2021 Zon Selatan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencapai kejayaan berganda dengan merangkul takhta juara dan naib juara Negeri Melaka dalam Mobile Legends Campus Championship 2021 (MLCC) musim ke-3.
 
MLCC Zon Selatan (Melaka dan Negeri Sembilan) yang berlangsung secara atas talian ini telah diadakan pada 11 hingga 13 Jun lalu merupakan anjuran Syarikat Telekomunikasi U Mobile dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia.
 
Laluan kejayaan kedua-dua pasukan UTeM apabila berjaya mengenepikan saingan pasukan lawannya yang bertanding pada kali ini yang melibatkan 22 buah pasukan lain dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negeri Melaka.
 
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, kejayaan ini sekaligus meneruskan kecemerlangan aksi pelajar UTeM dalam arena sukan elektronik.
 
Jelasnya, ianya turut menzahirkan kemantapan TUAH UTeM yang sentiasa Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik dalam apa jua bidang termasuklah dalam arena sukan elektronik ini yang telah diisi mereka bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
 
Katanya, kejayaan pasukan UTeM melayakkan mereka untuk beraksi di Kejohanan U Mobile MLCC S3 peringkat Kebangsaan dan kami berharap mampu memberikan saingan hebat dalam gelanggang peringkat kebangsaan nanti,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
 
Johan negeri Melaka bagi MLCC ini yang membawa tuah kepada pasukan UTeM H telah berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM 1,350.00 dan 600 berlian.
 
UTeM H adalah terdiri daripada 5 orang peserta iaitu Azim Amizie Saharen, Teak Wen Wei, Muhammad Farhan Ibrahim , Aminuddeen Fitri Zailan dan Fakhrul Shariz Irfan Farizal.
 
Sementara itu naib johan Melaka pula adalah kumpulan UTeM A yang mendapat hadiah kemenangan RM 650.00 dan 420 berlian.
 
Mereka adalah terdiri daripada Muhammad Akmal bin Muzamer , Amir Ashraff Ismail, Muhamad Azim Ibrahim, Muhammad Faris Md Nazari dan Ahmad Syahir Ahmad Shapawi.
 
Pasukan UTeM ini adalah di bawah pimpinan Pengarah Pusat Sukan UTeM merangkap ketua kontinjen, Prof Madya Ts Dr Mohd Sanusi Azmi dan timbalannya Siti Sarah Bujang.
 
Dr Sanusi berkata, kami sedia menggalas cabaran di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti dan berharap seluruh ahli pasukan terus bersemangat waja.
 
Katanya, kami meletakkan sasaran juara di peringkat kebangsaan pula dan sekaligus merealisasikan hasrat kejohanan menjadi medan pemangkin terbaik bagi mencungkil bakat baru tempatan serta mengasah keupayaan menjadi atlet e-sukan profesional pada masa hadapan.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!