
Pengajaran & Pembelajaran
UTeM menyediakan pelbagai kemudahan canggih seperti dewan kuliah, makmal berteknologi tinggi, makmal robotik & automasi, makmal voltan tinggi, makmal thermodinamik, makmal peralatan, makmal multimedia, makmal pintar, makmal kimia dan makmal pembuatan termaju.

Bangunan Canselori
Bangunan yang tersergam indah ini merupakan pusat pentadbiran utama di UTeM. Di sinilah PTj seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari dan HEPA bernaung. Dibina berkonsepkan ciri-ciri rumah Melayu dan gabungan elemen-elemen moden, menjadikan bangunan ini berbeza dengan bangunan lain.

Dewan Canselor
Dewan Canseor ini boleh memuatkan 4,000 orang pada satu-satu masa. Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti serta berfungsi sebagai dewan peperiksaan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan jamuan serta bilik VVIP.
Dewan Besar telah mencatatkan sejarah apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri menerima Ijazah Kehormat pada Majlis Konvokesyen Ke-5 tahun 2009.

Kafetaria
Kafeteria UTeM menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat tiga kafeteria di Kampus Induk, dua untuk pelajar dan satu untuk staf.

Perkhidmatan Bas
Pejabat HEPA menyediakan perkhidmatan bas berhawa dingin untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk perjalanan asrama pelajar ke Kampus Induk dan Kampus Teknologi bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Perkhidmatan bas tambahan juga disediakan untuk program semester khas, peperiksaan akhir dan juga semasa cuti semester bergantung kepada aktiviti pelajar.