Skip to main content

Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise


UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) – “Always A Pioneer, Always Ahead”

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia

KAMPUS

Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.

AKADEMIK

Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan.

FAKULTI

  1. Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektronik Dan Komputer
  2. Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Elektrik
  3. Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan
  5. Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  6. Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan
  7. Pusat Pembelajaran Bahasa
  8. Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan

USAHA KOLABORASI UNIVERSITI-INDUSTRI

UTeM sentiasa berusaha mempergiatkan usaha berkolaborasi dan berkerjasama dengan industri.
Untuk menjadi sebuah institusi tersohor bagi bidang teknikal yang menghasilkan ahli professional yang menepati kehendak pasaran juga setanding dengan keperluan teknologi masa depan.

  • Pusat Pembuatan Termaju
    Ditubuhkan bagi meningkatkan teknologi tinggi dan kemudahan teknologi pembuatan berketepatan tinggi dengan tujuan untuk kerjasama dalam R&D, kerjasama dalam pembuatan dan latihan memasuki alam pekerjaan.

  • Mesyuarat Meja Bulat CEO
    Perhimpunan tahunan CEO dan pakar industri dari dalam dan luar negara yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan maklumbalas, penilaian program akademik, infrastruktur dan kebolehpasaran graduan serta membantu dalam usaha melahirkan pemimpin berciri keusahawanan.

  • Kampus Berkonsepkan Industri
    Pembangunan UTeM masa kini menekankan penubuhan pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang sama dengan industri masa kini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.

KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI

UTeM telah mengenalpasti Bidang Tujah kritikal yang paling penting untuk memacu kecemerlangan universiti. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang tujah yang memerlukan komitmen padu daripada semua fakulti mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:-

  • Teknologi Hijau
  • Kejuruteraan Sistem
  • Interaksi Manusia-Teknologi
  • Teknologi Termaju

Bidang-bidang tujah ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi kekuatan fakulti sedia ada, pusat penyelidikan, institut dan makmal di dalam universiti.

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan Email Anda:

Atas

Hakcipta © 2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.

Ikuti Kami: