Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti Teknologi Hijau, Kejuruteraan Sistem, Interaksi Manusia-Teknologi, dan Teknologi Termaju.
Kecemerlangan penyelidikan UTeM dicapai berasaskan bidang tujahan UTeM iaitu Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (Advanced Manufacturing and Computing Technology). Bagi menyahut aspirasi KPT berkenaan penubuhan CoE berlandaskan bidang nic universiti, enam (6) CoE telah ditubuhkan.
Selain CoE, Kumpulan Penyelidikan (RG) juga merupakan satu entiti yang diwujudkan bagi menyokong salah satu daripada bidang fokus UTeM iaitu System Engineering, Green Technology, Emerging Technology, Human Technology Interaction dan Computing Technology. Sehingga kini, terdapat 31 RG yang telah ditubuhkan secara rasmi.
VISI
Untuk menjadi peneraju dunia untuk pembangunan penyelidikan dan inovasi dalam bidang Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (AMCT).
MISI
Untuk menerajui penyelidikan dan inovasi dalam Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (AMCT) dengan menggabungkan pakar pelbagai disiplin dalam kejuruteraan dan teknologi untuk mencipta pengetahuan strategik dan inovasi masa depan dengan perkongsian pintar universiti-industri untuk penciptaan kekayaan selaras dengan aspirasi universiti.