Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise

Penafian

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web yang tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan UTeM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. UTeM berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan UTeM tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. UTeM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.

Privasi & Polisi Keselamatan

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Hakcipta

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan email anda untuk melanggan:

Atas

Hakcipta © 2022 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.

Berhubung Dengan Kami: