Skip to main content

Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise

PENYELIDIKAN & INOVASI

UTeM telah mengalami pencapaian yang ketara dalam aktiviti penyelidikan kerana ianya berwawasan untuk menjadi salah satu universiti teknikal yang inovatif dan kreatif yang terkemuka di dunia. Bilangan artikel yang diterbitkan dalam jurnal terkemuka telah meningkat dengan ketara. Peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan dan bilangan pelajar pasca siswazah yang agak tinggi mencerminkan pertumbuhan yang berterusan di dalam aktiviti penyelidikan. UTeM telah mengenal pasti "Teknologi Pembuatan Termaju" sebagai bidang tujahan. Bidang teras dan kluster penyelidikan yang merangkumi pelbagai bidang disiplin adalah faktor yang memberi kekuatan kepada fakulti dan seterusnya menjana aktiviti penyelidikan dan inovasi di university.

UTeM menyokong pakatan strategik antara industri dan penyelidik untuk mempercepatkan proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan serta memberikan kelebihan daya saing antara satu sama lain. Maklumat penyelidikan disebarkan kepada masyarakat dan industri secara meluas melalui seminar, persidangan, pameran dan pertandingan. Pemilikan paten baru telah dilindungi melalui Inisiatif Harta Intelek di Universiti. Pengekalan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di universiti telah dijana oleh UTeM melalui pembentukan kecemerlangan individu dan kumpulan, perangsangan perkembangan pemikiran inovatif, dan penciptaan sumber kekayaan yang lebih baik bagi individu, perniagaan dan masyarakat pada umumnya berdasarkan pada faedah ekonomi dan sosial sesebuah Negara,

UTeM telah menubuhkan sebuah pusat yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)  bertujuan untuk menyelaras, menilai dan mempromosi semua aktiviti penyelidikan di Universiti dengan efektif. Pusat ini juga mengendalikan permohonan pengkomersilan untuk produk, teknologi dan perkhidmatan penyelidikan universiti.

PUSAT KECEMERLANGAN (CoE) UTEM

Kecemerlangan penyelidikan UTeM dicapai berasaskan bidang tujahan UTeM iaitu Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (Advanced Manufacturing and Computing Technology). Bagi menyahut aspirasi KPT berkenaan penubuhan CoE berlandaskan bidang nic universiti, enam (6) CoE telah ditubuhkan.

Selain CoE, Kumpulan Penyelidikan (RG) juga merupakan satu entiti yang diwujudkan bagi menyokong salah satu daripada bidang fokus UTeM iaitu System Engineering, Green Technology, Emerging Technology, Human Technology Interaction dan Computing Technology. Sehingga kini, terdapat 31 RG yang telah ditubuhkan secara rasmi.

VISI
Untuk menjadi peneraju dunia untuk pembangunan penyelidikan dan inovasi dalam bidang Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (AMCT).

MISI
Untuk menerajui penyelidikan dan inovasi dalam Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran (AMCT) dengan menggabungkan pakar pelbagai disiplin dalam kejuruteraan dan teknologi untuk mencipta pengetahuan strategik dan inovasi masa depan dengan perkongsian pintar universiti-industri untuk penciptaan kekayaan selaras dengan aspirasi universiti.

Centre for Advanced Computing Technology

C-ACT

CARe

CeRIA

CoSSID

CeTRI

C-TeD

BULETIN

JURNAL

Journal of Advanced Manufacturing Technology (JAMT)

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

Journal of Human Capital Development (JHCD)

Pusat Pembelajaran Bahasa

Journal of Mechanical Engineering and Technology (JMET)

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Journal of Telecommunication, Electronic and Computer Engineering (JTEC)

Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer

Journal of Engineering & Technology (JET)

Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia-MTUN

Journal of Technology Management and Technopreneurship (JTMT)

Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan

International Journal of Human and Technology Interaction (IJHaTI)

International Journal of Electrical Engineering and Applied Sciences (IJEEAS)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Journal of Advanced Computing Technology and Application (JACTA)

Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

PENERBITAN

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan Email Anda:

Atas

Hakcipta © 2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.

Ikuti Kami: