Sila pilih bahasa anda:

Btn IutemBtn Iutem
Btn MailBtn Mail
Btn DirectoryBtn Directory
Btn ExpertiseBtn Expertise


UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia. Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.

Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti Teknologi Hijau, Kejuruteraan Sistem, Interaksi Manusia-Teknologi, dan Teknologi Termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan.

Pin It

Pautan Pantas


Masukkan email anda untuk melanggan:

Atas

Hakcipta © 2022 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.

Berhubung Dengan Kami: