Skip to main content

Sila pilih bahasa anda:

Btn Iutem
Btn Mail
Btn 360
Btn Directory
Btn Expertise


Pro Canselor


YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain

Tan Sri Abdul Rashid Hussain merupakan tokoh terkemuka dalam sektor perkhidmatan kewangan Malaysia dengan rekod prestasi yang mengagumkan selama lebih lima dekad dalam pelbagai bidang seperti sekuriti, pengurusan dana, perbankan saudagar (merchant banking), serta perbankan perdagangan dan pengguna. 

Tan Sri Abdul Rashid menghabiskan tahun formatif beliau di England, di mana beliau mendapat pendidikan menengah dan pengajian tinggi yang meletakkan asas bagi perjalanan luar biasa beliau sebagai seorang tokoh perbankan. Tan Sri Abdul Rashid memulakan kerjaya beliau dilintasan global, sambil mengasah kemahiran bekerja dengan institusi perkhidmatan kewangan berprestij di seluruh dunia, termasuk nama-nama tersohor seperti Strauss & Turnbull, Rothschild & Sons Ltd di England, Daiwa Securities di Jepun dan Salomon Brothers Inc. di New York. Pendedahan di peringkat antarabangsa ini memberikan beliau pengalaman yang tidak ternilai mengenai selok belok sektor kewangan yang ternyata amat berharga apabila beliau membina kerjaya di sektor perbankan.

Beliau sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi pertama Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 1994 hingga 1998 di samping beliau juga pernah mencurahkan khidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga tahun 2000. Sementara itu, beliau juga pernah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Berhad dari 1993 hingga 1997 dan Cycle & Carriage Bintang Bhd dari 1993 hingga 2008. 

Sebagai ahli pengasas dan Pengerusi bagi Prime Minister of Malaysia’s Fellowship Exchange Foundation yang ditubuhkan pada 1993, Abdul Rashid telah memainkan peranan penting dalam memupuk budaya pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat merentasi semua bidang. Terbaharu beliau telah dilantik sebagai sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu bermula dari Disember 2023. 

Kepakaran yang luas dan pengalaman yang mendalam dalam bidang kewangan mengangkat beliau sebagai antara individu utama dalam anjakan penting dan kemajuan progresif yang dilihat dalam industri perkhidmatan kewangan di negara ini. Sumbangan beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing global Malaysia, memupuk perubahan transformatif dan memacu evolusi landskap kewangan negara. 

Selari dengan momentum kecemerlangan UTeM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain telah dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuat kuasa 1 Mei 2024 lalu sehingga 30 April 2027. Penyampaian watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka iaitu Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku Canselor UTeM. Dengan ketokohan dan pengalaman beliau, UTeM akan terus menempa pelbagai kejayaan gemilang dan turut mengharum di persada dunia.

Profil Anugerah: 

S.S.A

Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 1991.

S.M

Darjah Yang Mulia Panglima Setia Mahkota daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1993


Pin It

Pautan Pantas


Masukkan Email Anda:

Atas

Hakcipta © 2024 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta terpelihara.

Ikuti Kami: