PENARAFAN BERSEPADU INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (SETARA) 2022

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencapai kategori Berdaya Saing (Competitive) dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2022.
SETARA merupakan sistem penilaian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kategori Universiti dan Kolej Universiti.
KPT telah membuat pembaharuan pelaksanaan SETARA 2022 dengan hanya membahagikan kepada dua kategori sahaja berbanding enam kategori sebelum ini iaitu Berdaya Saing (Competitive) dan Berdaya Maju (Viable).
IPT yang mencapai kategori Berdaya Saing adalah IPT yang berkemampuan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan diklasifikasikan sebagai kumpulan IPT yang cemerlang dan memenuhi kriteria – kriteria penilaian di bawah Penarafan IPT Malaysia. Kriteria – Kriteria yang dinilai adalah berasaskan tiga (3) fungsi teras utama iaitu Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan.
Tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan dan seluruh warga UTeM atas penarafan ini. Semoga UTeM terus komited dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti, penyelidikan yang inovatif, pengalaman pembelajaran yang membangunkan.