PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKING 2024

UTeM telah melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali disenaraikan dalam penarafan QS World University Rankings 2024 iaitu pada kedudukan 1201-1400 daripada 2693 institusi yang dinilai, penyenaraian yang dicapai dalam tempoh 5 tahun dari penyenaraian pertama UTeM dalam QS Asia University Ranking 2020.
Pencapaian yang membanggakan ini yang terhasil daripada dedikasi dan kerja keras semua lapisan warga Universiti iaitu dari peringkat Lembaga Pengarah Universiti, pihak pengurusan tertinggi dan kanan, warga kerja hingga ke para pelajar. Ini adalah bukti komitmen UTeM yang tidak berbelah bagi kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, pembangunan pelajar dan inovasi yang memberi kesan secara langsung dalam semua aspek.
PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKING BY SUBJECT 2024



Alhamdulillah, UTeM sekali lagi telah menunjukkan kecemerlangan di peringkat global dalam Penarafan QS World University Rankings by Subject 2024. UTeM telah disenaraikan dalam tiga (3) bidang iaitu Engineering - Mechanical, Aeronautical & Manufacturing Engineering (#401 – 450) Computer Science & Information Systems (#651 – 700) dan buat pertama kali bidang Electrical & Electronic telah disenaraikan dengan kedudukan, #451 - 500.
Kejayaan ini membuktikan komitmen kolektif warga UTeM di semua peringkat terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, pembangunan pelajar dan inovasi.
TAHNIAH dan terima kasih kepada semua warga UTeM yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Usaha keras dan dedikasi semua memberi impak kepada universiti dan berharap UTeM akan terus cemerlang dan menyerlah di persada dunia seiring universiti-universiti ternama luar negara.
PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKING: ASIA 2024

Sukacita dimaklumkan bahwa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengekalkan keberadaan universiti dalam Penarafan QS AUR 2024 dengan kedudukan # 451-500.
Penarafan ini adalah pengiktirafan kepada institusi-institusi pengajian tinggi yang terbaik di Asia. Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama warga UTeM yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar yang berdedikasi.
Pencapaian ini membuktikan UTeM komited dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti, penyelidikan yang inovatif, pengalaman pembelajaran yang membangunkan dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan universiti dalam persaingan antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha untuk mencapai pencapaian ini. Semoga pencapaian UTeM terus dipertingkatkan dan penarafan UTeM terus meningkat berkembang maju dan memberi impak positif kepada masyarakat dan dunia.
PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANKING: SUSTAINABILITY 2024

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat pertama kalinya tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings: Sustainability 2024. Penghormatan ini merupakan titik perubahan utama bagi UTeM menyerlahkan dedikasi universiti terhadap amalan lestari SDG. QS World University Rankings: Sustainability 2024 ialah penarafan yang diiktiraf di seluruh dunia yang menilai komitmen universiti terhadap kelestarian alam sekitar, sosial dan ekonomi (ESG). Penyertaan UTeM dalam senarai berprestij ini menaikkan martabat universiti ke peringkat antarabangsa dan menunjukkan komitmen UTeM untuk memberi kesan positif kepada dunia.
Pencapaian UTeM dalam penarafan QS World University Rankings: Sustainability 2024 boleh dikaitkan dengan pelbagai usaha mampan yang telah dilaksanakan. UTeM telah membuktikan pendekatan menyeluruh kearah kemampanan, melalui amalan kampus yang mesra alam dan penglibatan komuniti. Program-program ini bukan sahaja membantu menjadikan kampus lebih hijau, malah ia juga memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam kalangan pelajar dan kakitangan. Usaha universiti dalam mencapai kelestarian tidak terhenti pada penarafan; ini adalah komitmen untuk membentuk masa depan yang lebih baik dan lestari untuk generasi akan datang.