Times Higher Education (THE) Asia University Rankings adalah penarafan tahunan yang menilai universiti-universiti di seluruh Asia berdasarkan beberapa kriteria utama. Kriteria-kriteria yang dimaksudkan adalah teaching quality, research output, citations, international outlook dan industry income.
Tahniah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengekalkan kedudukan dalam Penarafan THE Asia University Ranking 2024 dengan kedudukan, #501 – 600.
Pencapaian ini membuktikan UTeM terus komited dalam menyediakan pengajaran yang berkualiti kepada pelajar, penyelidikan yang produktif, menjalinkan kerjasama antarabangsa dan menghasilkan pendapatan universiti daripada hasil kerjasama bersama industri, perkhidmatan perundingan dan sumbangan lain.
Semoga UTeM terus bersinar dan menambahbaik kedudukan di masa yang akan datang.